TERENGGANU

       Terengganu Darul Iman ialah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya, Terengganu bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat dayanya pula,Terengganu bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.


MASJID TERAPUNG TERENGGANU

  • Masjid ini dikenali juga dengan nama masjid terapung yang sangat indah dan menawan hati sesiapa yang memandangnya. Ia terletak di Teluk Ibai, iaitu jaraknya kira-kira 4.5 kilometer dari Kuala Terengganu yang dibina di atas tanah tebus guna seluas lima ekar. Kedudukannya yang strategik di tepi Jalan Sultan Mahmud memudahkan pengunjung dan musafir singgah untuk menunaikan ibadah serta berehat. Pembinaan masjid ini dilaksanakan pada September 1991 Masihi dan siap pada pertengahan Februari 1994 Masihi.

  • Pereka bentuk masjid yang indah ini telah diilhamkan oleh salah seorang kerabat diraja Terengganu, Yang Mulia Raja Bahrain Shah, iaitu seorangn arkitek yang berkaliber. Masjid ini telah dibina oleh syarikat Sri Terukun Sdn. Bhd. di bawah pengendalian dan pemantauan Jabatan Kerja Raya Terengganu.

  • Masjid ini mempunyai sebuah kubah utama dan beberapa kubah kecil serta sebuah menara yang menjadi mercu tanda berukuran setinggi 125 kaki. Keluasan lantai masjid 25,282 kaki persegi, mampu menampung antara 800 hingga 1,000 jemaah pada satu masa. Dewan solat dibahagian bawahnya dikhususkan untuk jemaah lelaki, manakala jemaah wanitanya pula ditempatkan di tingkat atas

  MUZIUM NEGERI TERENGGANU

Muzium Negeri Terengganu yang ditubuhkan pada tahun 1976 ini merupakan muzium yang terbesar di Asia Tenggara. Muzium Negeri Terengganu dibina di atas tapak seluas 27 Hektar di Bukit Losong, Kuala Terengganu. Jarak perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Terengganu ke Muzium Negeri Terengganu ialah 6 Km.

Muzium Negeri Terengganu ini telah dirasmikan oleh Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah pada 20 April 1996 (2 Zulhijjah 1416). Ia terdiri dari empat buah blok bangunan Muzium Utama, Muzium Maritim, lima buah Rumah Tradisional serta kawasan landskap.




PASAR PAYANG

Pasar Payang boleh dikatakan sebagai syurga membeli-belah baik buat penduduk tempatan mahupun pelancong. Inilah lokasi terbaik untuk anda mendapatkan produk hasil tempatan. Seperti songket tenun, batik, sutera dan tudung selain keropok, barang kemas, kraftangan, dan lain.Ia juga merupakan lokasi utama untuk mendapatkan barangan runcit, barang basah, dan ikan segar.
Keunikan pasar ini terletak pada jenis barangan yang dijual. Di sini, anda boleh mendapatkan segala macam barangan untuk melengkapkan percutian di Terengganu.Banyak sekali pilihan kain songket, batik, dan tenun, dan ia dijual pada harga berpatuan. Lebih murah dari tempat lain. Inilah tarikan utama Pasar Payang



 
ISTANA MAZIAH

Istana Maziah adalah salah satu tarikan bersejarah di Terengganu. Istana ini telah dibina untuk menggantikan istana lama iaitu Istana Hijau yang musnah akibat kebakaran.Mula dibina pada tahun 1870 semasa di bawah pemerintahan Sultan Omar, bangunan ini telah dihasilkan dengan gabungan kapur, tanah liat, telur putih, limau, madu dan pasir dengan  hasil tangan daripada 20 orang pekerja Melayu dan Cina.Terletak di Bukit Puteri, Kuala Terengganu, istana ini digunakan sebagai lokasi untuk pelbagai majlis rasmi seperti perkahwinan, hari lahir, penganugerahan dan sebagainya.


                                                        MASJID KRISTAL

Masjid Kristal merupakan salah satu masjid yang unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Masjid ini telah menjadi satu tempat tarikan pelancong untuk datang ke Kuala Terengganu. Keindahan masjid ini memang tidak dapat dinafikan.

Masjid ini dibina daripada kaca, kristal dan keluli dan merupakan masjid pintar yang pertama di Malaysia yang mempunyai keluasan 2146 meter persegi. Kedudukan Masjid ini di atas sungai Terengganu seolah-olah terapung seperti Masjid Terapung Kuala Ibai menambahkan lagi keunikannya.




Sumber Rujukan:https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-terengganu/



No comments:

Post a Comment

LAMAN UTAMA

     Blog ini membincangkan tentang destinasi-destinasi pelancongan yang terdapat di dalam malaysia.Malaysia dikenali sebagai sebuah negara ...