Langkawi sebuah kumpulan 99 pulau yang dipisahkan dari tanah besar Malaysia. adalah sebuah daerah negeri kedah di Malaysia Utara dan terletak kira-kira 51 km barat Kedah. Jumlah jajahan di pulau-pulau ini adalah 47.848 hektar. Pulau utama terletak kira-kira 25 km dari utara ke selatan dan sedikit lagi untuk timur dan barat. Kawasan pesisiran pantai terdiri daripada dataran aluvial yang rata dengan batu kapur. Dua pertiga pulau itu didominasi oleh pergunungan, bukit dan tumbuh-tumbuhan semula jadi.
Antara tempat yang menarik di ini ialah Pulau Beras Basah.
Pulau Beras Basah merupakan satu salah daripada Pulau yang tempat tumpuan pelancong di selatan Langkawi negeri Kedah sebagai tempat beriadah dan bersuka-ria bersama keluarga. Keindahan Pulau Beras Basah yang mempunyai pantai berpasir yang indah dan air yang jernih untuk para pengunjung berkelah dan mandi-manda bersama keluarga. Di Pulau Beras Basah, para pengunjung dapat melakukan aktiviti di pantai seperti bermain layang-layang dan membina istana pasir sepanjang hari dan berehat bersama keluarga di situ dan menikmati keindahan alam semula jadi. Pulau Beras Basah yang terletak di Langkawi ini amat popular dikalangan pengunjung tempatan dan luar tempat yang ingin lari daripada kesibukan kota dan mendapat ketenangan dan menikmati suasana pulau yang tenang dengan air laut yang jernih.
Pulang Dayang Bunting
Pulau Dayang Bunting menempatkan sebuah tasik yang dikatakan menjadi tempat kegemaran puteri kayangan yang bernama Mayang Sari. Malahan kalau dilihat dari jauh, tasik yang terletak dalam jejeran bukit ini kelihatan seperti seorang wanita yang bunting dalam keadaan berbaring.Sekiranya anda sampai ke kawasan tasik ini, anda boleh menikmati pemandangan dari platform terapung yang disediakan sambil merendamkan kaki di dalam air tasik. Nak lebih ekstrim, anda juga boleh mandi di sini. Selain itu, perkhidmatan sewaan bot kayuh juga disediakan di sini.
Antara tempat yang menarik di sini ialah Tasik Dayang Bunting dan Gua Langsuir. Gua Langsuir terletak di tengah perjalanan ke Tasik Dayang Bunting. Gua ini adalah akibat kesan hakisan ombak laut jutaan tahun lalu contohnya gua yang berbentuk langsuir.
Laman Padi merupakan sebuah destinasi eco-pelancongan yang menonjolkan budaya dan tamadun Melayu didalam bidang menanam padi.Laman ini bertemakan perkampungan Melayu dan mempunyai muzium dan juga sawah yang kecil jika anda hendak cuba tangan menanam padi sendiri dengan cara tradisional. Sesuailah dengan nama jolokan bagi negeri Kedah iaitu Negeri Jelapang Padi. Sudah pastilah padi merupakan tumbuhan ikonik bagi negeri ini.
Suasana sawah padi sebenar akan dapat dirasai kerana terdapat juga orang-orang yang berada di tengah-tengah sawah padi. Pasti anda aakan teruja dengan pemandangan yang dilihat walaupun berada di atas sebuah pulau. Selain daripada melihat sawah padi, pengunjung juga akan mengenali lebih dekat jenis-jenis padi yang ada disini.
Taman Buaya Langkawi
Taman Buaya Langkawi menempatkan hampir 1,000 ekor buaya yang dipamerkan kepada para pengunjung. Buaya-buaya di sini diasingkan ke dalam tiga kolam yang berlainan, iaitu kolam pembiakan, kolam pemakanan, kolam pertunjukan.
Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini adalah menyaksikan pertandingan gusti “Manusia vs Buaya” yang diadakan setiap hari antara pelatih buaya dan buaya yang terlatih. Jangan lupa juga untuk melawat buaya istimewa yang bernama Bujang Kawi. Bujang kawi merupakan seekor buaya yang besar yang lahir tanpa gigi, berukuran 13 kaki dan mempunyai keberatan 450 kilo.
Underwater World Langkawi
Underwater World Langkawi merupakan salah satu lokasi menarik di Pulau Langkawi yang sentiasa mendapat kunjungan ramai lebih-lebih lagi bagi pengunjung yang ada anak kecil.
Akuarium seluas 60,000 kaki persegi ini merupakan akuarium terbesar di Malaysia yang memuatkan lebih 500 spesies haiwan laut termasuk penguin, jerung, dan arapaima Amazon gergasi. Ia meliputi 4000 haiwan laut dan pelbagai jenis batu karang. Tarikan juga meliputi terowong dalam air sepanjang 15m, teater 3D dan galeri hidupan liar bagi tujuan pendidikan.
No comments:
Post a Comment