Perak Darul Ridzuan merupakan salah satu negeri di dalam Malaysia.Negeri Perak merupakan sebuah negeri yang penuh dengan peluang,permai dan indah.Negeri Perak juga merupakan negeri kedua yang terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang dan keempat terbesar di Malaysia.Bersempadan dengan beberapa buah negeri dan berkeluasan 21,000km persegi.Ia merupakan salah satu daripada negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu.
1.SUNGAI KLAH HOTSPRING PARK
Sungai Klah merupakan kolam air panas semula jadi yang terdapat di Malaysia.Sungai Klah yang berkonsep flora dan fauna yang dikelilingi pokok kelapa sawit,dusun durian dan bukit bakau serta mempunyai anak sungai yang jernih yang berkeluasan 6.5 hektar.Sungai Klah masih mengekalkan suasana kekampungan untuk menarik ramai pelancong dari luar negeri dan negara.Sesuai untuk para pelancong yang ingin datang untuk beriadah dan berehat bersama keluarga.
Pelancong dapat merasai pengalaman baru dan berharga yang terdapat di Sungai Klah Hotspring Park di Sungkai,Perak ini.Pemandian kolam air panas bukan saja dapat menyegarkan tubuh badan tetapi dapat memberi banyak kebaikan pada kesihatan tubuh badan kita.Kolam air panas dikatakan dapat mengubati pelbagai penyakit seperti tekanan,sakit kulit,lenguh badan,sendi,mengeringkan kesan luka dan membantu melancarkan semula pengaliran darah.
Aktiviti-akitiviti yang dapat dilakukan di Sungai Klah ialah:
1.Aktiviti merebus telur di dalam kolam air panas.
2.Aktiviti terapi diri di taman terapi.
3.Aktiviti rumah urut tradisional.
4.Akitiviti berendam di dalam kolam air panas.
Terbukti Sungai Klah adalah destinasi yang terbaik yang perlu dilawati sebagai sebuah destinasi pelancongan anda.Jadi jangan la lepaskan peluang anda untuk merasai pengalaman di kolam air panas di Sungai Klah Hotspring Park.
2.PULAU PANGKOR
Pulau Pangkor merupakan pulau ketiga terbesar terletak di negeri Perak, Malaysia di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.Pulau Pangkor mempunyai beberapa gugusan pulau seperti Pulau Mentagor,Pulau Pangkor Laut dan Pulau Giam.
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan darat dan laut. Sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkeling, berkayak, dan memancing.
Antara tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Pangkor ialah:
- Teluk Nipah
- Pasir Bogak
- Pangkor Laut
- Pulau Sembilan
- Kota Belanda
- Batu Bersurat
- Kilang Ikan Bilis
- Pantai Puteri Dewi
- perkampungan nelayan dan membina bot nelayan
3. ZOO TAIPING
Zoo Taiping atau Taman Mergastua Sultan Idris Shah merupakan salah satu tempat menarik di negeri Perak.Zoo tertua di Malaysia ini dirasmikan pada 7 Mac 1964. Dengan kawasan seluas 36 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka dengan mengutamakan habitat asal haiwan yang dipamerkan. Zoo Taiping kini menjadi tempat habitat kepada lebih 1300 ekor haiwan yang terdiri daripada 200 spesies.
Selain itu,Zoo Taiping turut memperkenalkan program ‘Malam Safari’ atau ‘Night Safari’ yang memaparkan haiwan-haiwan yang aktif pada waktu malam dan telah bermula sejak Mac 2003 lagi. Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran Bukit Larut. Keindahan alam semulajadi yang menarik seperti aliran anak sungai, tasik, dan kehijauan flora menambahkan lagi keunikan Zoo Taiping dalam mempamerkan suasana semulajadi. Zoo Taiping merupakan zoo awam pertama yang dibuka di Malaysia.
4.MASJID UBUDIAH
Masjid Ubudiah ialah sebuah masjid di Bukit Chandan,Kuala Kangsar,Perak.Masjid Ubudiah dikatakan antara masjid paling indah di Malaysia dan merupakan simbol kebanggaan dan kepercayaan untuk kaum muslim di Perak.Ia berdiri megah dengan Kubah utama dan menara-menara berkubah mini yang diperbuat daripada emas. Ia dibina pada tahun 1913 atas perintah Sultan Perak, Sultan Idris Murshidul Adzam Shah sebagai tanda kesyukuran setelah pulih daripada penyakit yang melanda baginda.
5.STESEN KERETA API IPOH
Stesen Kereta Api Ipoh merupakan salah satu tumpuan para pelancong di Perak.Stesen Kereta Api Ipoh ini menjadi mercu tanda Ipoh, reka bentuk stesen ini seakan-akan Taj Mahal yang menjadikan Stesen Kereta Api Ipoh ini berbeza dengan stesen lain yang terdapat di negara ini. Seni bina bercirikan Islam menjadikan stesen ini turut dikenali sebagai Taj Mahal Ipoh telah mula dibina pada tahun 1917 oleh Syarikat Hindia Timur British.Ianya dikelilingi oleh pelbagai jenis bunga-bungaan tempatan sebagai daya tarikan kepada para pelancong. Menjadi kebanggaan penduduk tempatan, stesen ini turut terkenal sebagai sebuah lokasi pelancongan yang perlu anda kunjungi.
No comments:
Post a Comment