PULAU PINANG


Pulau Pinang yang indah sentiasa menjadi destinasi percutian yang popular di Malaysia kerana ia menawarkan makanan yang sedap, suasana pekan lama yang menawan, serta pelbagai tarikan yang seronok dan menarik. Ini dia senarai aktiviti-aktiviti terbaik yang anda boleh lakukan bersama kawan-kawan atau keluarga di Pulau Pinang! 

 
Tempat-Tempat Menarik & Menyeronokkan Di Pulau Pinang

1. The Habitat, Bukit Bendera




Bukit Bendera adalah salah satu tempat yang anda perlu melawati di Pulau Pinang. Nikmati pemandangan seluruh pulau di puncak paling tinggi apabila anda kunjungi The Habitat Penang Hill. Di sini, anda boleh menikmati pemandangan panorama 360 darjah Pulau Pinang serta hutan hujan yang berusia 130 juta tahun. 
Untuk sampai ke sini, anda boleh menaiki Funikular Bukit Bendera dan mengembara melalui terowong landasan sepanjang 258 kaki yang mana dikatakan adalah yang paling curam di dunia!

2.The TOP Komtar





Nikmati lebih banyak pengembaraan di Pulau Pinang dengan pemandangan terbaik Georgetown. Salah satu tempat untuk menikmati pemandangan malam pekan ini ialah dari atas - di salah satu lagi bangunan ikonik Penang, THE TOP Komtar Berada di tingkat 68, Rainbow Skywalk adalah jambatan kaca separuh bulat yang menawarkan pemandangan indah Georgetown, dengan kaca lutsinar di bahagian bawah dan di tepi jambatan. Nikmati diskuan tiket kemasukan anda ke THE TOP Komtar jika anda tempah melalui Klook!

3.Teluk Duyung (Monkey Beach)






Nikmati percutian pantai anda di salah satu pulau indah di Teluk Duyung. Tempat terpencil ini terletak dalam Taman Negara Pulau Pinang, di mana ia mempunyai lebih 500 jenis flora dan fauna, dan pulau menawan di mana anda boleh bercuti tanpa bersesak dengan orang ramai.

4.Jeti-Jeti Penang





Di hujung Pengkalan Weld Pulau Pinang, ada beberapa jeti yang menjadi tarikan tepi bagan unik yang penting dalam sejarah pulau ini. Anda boleh berjalan di atas laluan kayu dan menikmati suasana kehidupan penduduk tempatan yang masih tinggal di rumah kayu di atas air. Kami dengar matahari terbenam di sini sangat indah - jadi kami cadangkan anda menikmati pemandangan matahari terbenam di Chew JettyLim Jetty atau Tan Jetty.

5.Penang Bird Park





Dengan koleksi lebih daripada 300 spesies burung dari seluruh dunia, Taman Burung Pulau Pinang (Penang Bird Park) adalah taman burung pertama dan paling besar di Malaysia. Taman sebesar 5 ekar ini mempunyai laluan aviari, pondok kecil, laluan berbelok dan kolam yang cantik di mana anda boleh bermesra dengan burung-burung jinak daripada burung kelicap kecil kepada burung unta setinggi 8 kaki, burung undan yang terbang bebas, angsa yang anggun, flamingo, burung enggang, burung botak dan itik yang berwarna-warni. Tempah tiket Taman burung Pulau Pinang dengan diskaun anda di Klook dan anda tak perlu beratur!

Sumber Rujukan:https://www.klook.com/en-MY/blog/tempat-menarik-di-penang/


No comments:

Post a Comment

LAMAN UTAMA

     Blog ini membincangkan tentang destinasi-destinasi pelancongan yang terdapat di dalam malaysia.Malaysia dikenali sebagai sebuah negara ...